11 ANJAKAN TRANSFORMASI
ANJAKAN 1
MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) disemak semula pada tahun 2017.
Meningkatkan peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara berperingkat bermula pada tahun 2016.
Fokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) untuk melahirkan murid berkemahiran tinggi dalam bidang ini.
Akses dan kualiti pendidikan vokasional diperluas untuk menyediakan lebih banyak pilihan pendidikan.
Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020.
Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan bahan pengajaran untuk murid berkeperluan khas.
Pendidikan wajib dilanjutkan daripada 6 tahun kepada 11 tahun, bermula pada umur 6 tahun.
ANJAKAN 2
MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI BAHASA TAMBAHAN
Pelaksanaan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan intensif bagi murid yang memerlukan.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diperluaskan untuk meliputi literasi bahasa Inggeris.
Memberi latihan dan sokongan bagi meningkatkan tahap pengajaran guru bahasa Inggeris
- Menjadikan Bahasa Inggeris kertas wajib lulus di peringkat SPM.
- Memperluaskan peluang pendedahan terhadap bahasa Inggeris kepada murid.
Menggalakkan setiap murid mempelajari sekurang-kurangnya satu bahasa tambahan menjelang tahun 2025.
ANJAKAN 3
MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI
Memberikan tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman erat antara murid.
Menggalakkan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform bagi keseimbangan fizikal, emosi, dan sosial.
Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) diperkuatkan dan diperluas mulai tahun 2016 untuk memudahkan interaksi antara jenis sekolah.
ANJAKAN 4
MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN
Bermula tahun 2013, hanya graduan daripada 30% teratas yang layak menjadi guru.
Menaik taraf IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang tahun 2020.
Peningkatan kualiti CPD bermula tahun 2013 untuk memastikan pembangunan profesional yang lebih baik.
Guru diarahkan memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran bermula tahun 2013.
Laluan kerjaya guru berdasarkan kompetensi dan prestasi diperkenalkan menjelang tahun 2016.
Guru diberikan laluan untuk menjadi pemimpin, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang tahun 2016.
Budaya kecemerlangan melalui teladan rakan setugas dan proses pensijilan diterapkan mulai tahun 2025.
ANJAKAN 5
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH
Bermula tahun 2013, kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi jawatan pengetua atau guru besar diperketatkan.
Pakej kerjaya baharu diperkenalkan secara berperingkat dengan:
- Sokongan tambahan kepada pengetua dan guru besar.
- Kebertanggungjawaban yang lebih tinggi untuk memastikan peningkatan keberhasilan murid.
ANJAKAN 6
MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
Mempercepat penambahbaikan prestasi melalui program sistematik yang dipimpin oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di semua negeri menjelang 2014.
Memberi lebih kuasa dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum.
Memastikan 100% sekolah mempunyai infrastruktur asas menjelang tahun 2015, dengan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak.
Menjamin semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan secara adil.
ANJAKAN 7 - 11
AKAN DIKEMASKINI . . . . . . .