Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA , Tema Hari Guru 2022

TEMA HARI GURU 2022

Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA


Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga menjadi budaya dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh dilaksana secara bersepadu melalui pemikiran atau kognitif (cognitive), sosioemosi (socioemotional) dan tingkah laku (behavioural) menerusi elemen SEJAHTERA, iaitu:

SEJAHTERA

Selamat, Seronok & Sihat
Etika & Empati
Jati Diri
Adab Sopan
Harmoni
Tekun, Teliti & Terampil
Eksplorasi
Rasional
Artikulasi

Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga menjadi budaya dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh dilaksana secara bersepadu melalui domain pemikiran (cognitive), sosioemosi (socioemotional) dan tingkah laku (behavioural).

MATLAMAT SEKOLAHKU SEJAHTERA

Matlamat Sekolahku SEJAHTERA adalah untuk melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Oleh yang demikian, penerapan elemen SEJAHTERA bermula dari peringkat prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan diamalkan sepanjang hayat.

OBJEKTIF

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

LAGU TEMA HARI GURU 2022 ” SEKOLAHKU SEJATERA ”

LIRIK LAGU ” SEKOLAHKU SEJATERA ”

Verse:
Di sini bermula, mengenal dunia
Bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Pre-Chorus 1:
Kesihatan di utama, kebersihan di jaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus:
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

Post Chorus:
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Pre-Chorus 2:
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Credits:

Penyanyi: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Dr Radzi Jidin
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K. & Anas Damian
Terbitan & Rakaman: Iqie Hugh & Omar K
Susunan Muzik: Iqie Hugh
Adunan: Audi Mok
Penyanyi Latar: Firdaus Rahmat & Haqiem Rusli

AUDIO LAGU TEMA ” SEKOLAHKU SEJAHTERA “

BUNTING DESIGN SEKOLAHKU SEJAHTERA

SIZE BUNTING : 30 X 72 ( inch )

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

More from this stream

Recomended