Menteri Pendidikan – YB FADHLINA SIDEK

YB Senator Fadhlina Sidek diumumkan sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Khalid Nordin pula diberi tugas Menteri Pengajian Tinggi

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Media Pengumuman Kabinet sebentar tadi.

YB Senator Fadhlina Sidek adalah merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Bidang keutamaan aktivisme beliau adalah Literasi Undang-undang Keluarga Islam, Perlindungan dan Keselamatan Kanak-Kanak, Gerakan Keilmuan dan Advokasi Sosial melibatkan Gender dan Pemberdayaan Wanita, dan Pembangunan Komuniti dan Ekosistem Selamat.

B Senator Fadhlina Sidek atau lebih mesra dengan panggilan Kak Fadh telah memperjuangkan isu-isu wanita di pelbagai lapisan masyarakat dan juga pembuatan dasar. Kak Fadh terlibat sebagai Penggubal Dasar Panel Isu-isu Wanita Islam (PISWI) dalam Bengkel Dasar Wanita Islam Negara dan Dasar Keluarga Sakinah serta telah dilantik sebagai Ahli Persidangan Bengkel Menutup Aurat Negeri Selangor 2016.

Kak Fadh juga diamanahkan sebagai Penceramah tetap Literasi Undang-undang Syariah dan Keluarga Islam anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Selangor (PPZ-MAIS) 2015-2016 dan panel tetap Literasi Undang-undang Wanita dalam Jabatan Pembangunan Wanita Terengganu 2020. Beliau yang juga komited dengan isu kepimpinan wanita telah terlibat sebagai Tenaga Pengajar Akademi Kepimpinan Wanita peringkat Negeri Selangor 2019 hingga kini. Pembentang Persidangan Meja Bulat Pemberdayaan Wanita dan Keluarga sempena Konvensyen Hidup Bersama dalam Budaya Damai anjuran Sasakawa Peaceful Foundation (SPF) 2019.

Dalam menangani isu-isu kontreversial terkait Wanita, Kak Fadh aktif dengan wacana-wacana semasa. Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Wanita dan Jihad: Menyanggah Ekstremisme” dalam Wacana Islam dan Gejala Ekstremisme anjuran Kerajaan Negeri Selangor 2016, menjadi Panel Webinar Hentikan Keganasan terhadap Wanita: Ambil Tahu Hak dan Tahap Kesihatan Mental Anda 2021 serta Panel temubual Astro Awani berkaitan isu Gangguan Seksual terhadap Wanita pada 16 Februari 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

More from this stream

Recomended