Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Kalendar Akademik sesi 2025/2026 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Sesi persekolahan ini akan bermula pada 16 Februari 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu) dan 17 Februari 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan).
Kalendar ini juga merangkumi tarikh penting cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, dan Krismas. Semua sekolah perlu mematuhi peruntukan cuti tambahan yang telah ditetapkan oleh KPM untuk Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali, tanpa perlu menggantikannya.
Kami dah sediakan dalam bentuk grafik dibawah, boleh simpan dan print ya.
Untuk bentuk PDF , anda boleh Klik pada button dibawah