Tema Sambutan Hari Guru 2020 menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sesuai dengan norma baharu, KPM telah menyediakan sebuah video pendek sebagai pengganti pelancaran tema Hari Guru yang sebelum ini dibuat secara gerakan massa.
- [message]
- HURAIAN DAN DEFINISI TEMA HARI GURU 2020
-
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.
- [message]
- LOGO HARI GURU 2020
-
Akan dikemaskini ( jika ada )
- [message]
- SENARAI TEMA HARI GURU DARI 2000 – KINI
-
2020: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara2010 Guru Pembina Negara Bangsa2009 Guru Pembina Negara Bangsa2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
Terima kasih