Aktiviti menyusun ikan ke dalam akuarium , aktiviti ini mampu menguji kreativiti murid khususnya dari segi penggunaan ruang dan reka letak .cikgugrafik ingin kongsikan bersama anda aktiviti ini . Aktiviti ini cikgugrafik jalankan pada waktu Dunia Seni Visual tahun 1 , 2 , 3 , jom kita saksikan cara-cara melakukan aktiviti ini .
1. Anda mestilah muat turun dahulu template, tekan “dapatkan disini ” untuk muat turun
2. Gunting dan kumpulkan satu tempat supaya tidak hilang ( klik pada gambar untuk besarkannya )
3. Gamkan dan Tampal ikan , rumpai laut , kerang dan lain-lain ke dalam akuarium ( klik pada gambar untuk besarkannya )
4. Siap , hasil akhir dibentangkan dihadapan kelas , murid menceritakan semula pengalamannya membuat aktiviti tersebut ( klik pada gambar untuk besarkannya )
5. Sekian , cubalah ya cikgu-cikgu atau ibu bapa pon boleh bagi kat anak-anak 🙂
NOTA :
Pastikan murid dalam kawalan guru semasa aktiviti mengunting , kita tidak tahu apa akan jadi kalau murid di luar kawalan .