Cara Mudah Muat Turun Video Youtube dan facebook ( Bergambar )

Assalamualaikum , hampir sebulan cikgugrafik  tidak update “Grafik” . Untuk kali ini cikgugrafik  akan ajar cara mudah untuk muat turun ( download ) video dari youtube dan facebook  .

Sebelum itu , sedikit pengetahuan untuk anda tentang youtube  :-
YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video , info penuh anda boleh rujuk wikipedia [ klik sini ]
Sebenarnya banyak cara untuk memuat turun video , antaranya ialah dengan menggunakan aplikasi “youtube downloader” namun kali ini , cikgugrafik  akan mengajar anda Cara Mudah Muat Turun Video Youtube dan facebook . cikgugrafik mulakan dengan youtube dulu ea. 
1. Cara Mudah Muat Turun Video Youtube
a. Anda buka pautan www.youtube.com , kemudian cari video yang anda ingin tonton dan muat turun , contohnya “guruku tersayang” seterusnya buka video tersebut .
b. Edit web address / URL video tersebut kemudian , tambahkan ss di hadapan youtube.com/…. kemudian tekan enter sila rujuk gambar dibwah jika anda tidak faham .

 c. Anda akan dibawa ke pautan lain untuk proses muat turun video ini , paparannya seperti dalam gambar di bawah . 

NOTA TAMBAHAN :
– Pastikan anda tunggu sehingga kotak download keluar ( rujuk gambar )
– Anda boleh pilih resolusi video berdasarkan video ( untuk gambar cantik pilih 360p dan keatas )

 ATAU
* Anda juga boleh buat cara manual , tutorial seperti dibawah :-

a.  anda buka pautan youtube dan cari video yang anda ingin download . Anda dikehendaki salin/copy url video tersebut 
contoh url : https://www.youtube.com/watch?v=RWf50T52n58


b. Seterusnya buka pautan en.savefrom.net 

c. Anda masukkan url yang anda copy dari youtube tadi , kemudian paste dalam kotak yang disediakan dalam pautan savefrom . Seterusnya anda klik button panah ke kanan ( rujuk gambar dibawah )

 d. Pastikan tunggu kotak download keluar sebelum download ya. Pilih resolusi yang anda inginkan kemudian tekan button download . Selesai 

2. Cara Mudah Muat Turun Video Facebook 

a. Anda buka link video facebook yang anda ingin muat turun 
contoh url : https://www.facebook.com/video.php?v=942805499066191

b. Seterusnya buka pautan en.savefrom.net 

c. Anda masukkan url yang anda copy dari youtube tadi , kemudian paste dalam kotak yang disediakan dalam pautan savefrom . Seterusnya anda klik button panah ke kanan ( rujuk gambar dibawah )

 d. Pastikan tunggu kotak download keluar sebelum download ya. 

Kami mengharapkan jasa warga pendidik untuk sama-sama kongsikan di media sosial seperti facebook, twitter , whatsapp , wechat , forum-forum pendidikan dan kepada pihak sekolah . Beribu Tahniah buat anda yang suka berkongsi . Sesungguhnya ilmu itu  ” tidak akan luput dek zaman”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

More from this stream

Recomended