Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah

Pada 31 Oktober 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan secara serentak di semua institusi pendidikan di bawah KPM. Objektif utama pelantikan duta sahsiah ini adalah untuk memperjelas hala tuju pembangunan sahsiah murid, khususnya dalam mempromosikan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan KPM dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan KPM.

Bagi memperkukuh peranan dan fungsi duta sahsiah, KPM komited untuk menyediakan cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan di semua institusi pendidikan di bawah naungannya.

Peranan duta sahsiah amat penting dalam melaksanakan aktiviti pembangunan sahsiah, kurikulum, dan kokurikulum di institusi pendidikan. Aktiviti yang bersifat konstruktif dan relevan dengan kehidupan harian murid perlu diperkuatkan melalui pendekatan yang membantu mereka memahami, menghayati, serta belajar daripada pengalaman mereka. Pendekatan pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) ini dapat memberikan peluang kepada murid untuk menerokai potensi diri secara holistik.

Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah
Muat turun atau paparkan secara langsung melalui pautan dibawah :


Bahan-bahan yang terkandung dalam kit tersebut boleh diakses terus melalui pautan yang disediakan di bawah :

LOGO "DUTA SAHSIAH"

BAHAN AKTIVTI PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH

BAHAN AKTIVITI KELAS

LAGU DUTA SAHSIAH

BAHAN AKTIVITI TV PSS


Berikut bahan-bahan untuk kegunaan Majlis Peluncuran Duta Sahsiah

TEMPLATE BUKU PROGRAM

[ 5 IN 1 ] BUKU PROGRAM ,BANNER, BANTING, SIJIL , SLIDE TAYANGAN

CONTOH SKRIP BACAAN DOA

TEKS UCAPAN

N/A

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

N/A

Program Kit Atur Gerak Duta Sahsiah adalah inisiatif pendidikan yang diperkenalkan untuk memperkasakan nilai karamah insaniah—iaitu kemuliaan dan kehormatan manusia—sebagai asas dalam pembentukan generasi muda yang berakhlak tinggi, bertanggungjawab, dan berintegriti.

Inisiatif ini selaras dengan visi Malaysia Madani dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan pembentukan individu holistik. Elemen ini juga terkandung dalam 7 Teras Utama KPM, termasuk usaha meningkatkan integriti, disiplin diri, dan ilmu pengetahuan dalam sistem pendidikan negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

More from this stream

Recomended