Pembahagi minggu persekolahan tahun 2025 ini sesuai digunakan dalam Fail RPH, Fail Jadual Guru Ganti, atau sebarang fail yang menyimpan dokumen harian sepanjang tahun. Bahan ini direka khas untuk guru-guru yang mengajar di negeri-negeri Kumpulan A dan Kumpulan B .
BOLEH MUAT TURUN SECARA PERCUMA
Secara umumnya, Pembahagi Minggu Persekolahan 2025 ini berfungsi sebagai label pemisah untuk Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Dengan pembahagi ini, fail akan lebih tersusun dan memudahkan proses semakan.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu meringankan tugasan guru dalam menguruskan fail, sekaligus menjadi saham akhirat buat kami kelak.