Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.
Hari Sukan Negara satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020
Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara
Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan tahunan dan menjadi acara rasmi yang bakal disambut seluruh rakyat Malaysia. Malaysia sebuah Negara Bersukan.
Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
Cara Menyertai Hari Sukan Negara
Hari Sukan Negara Ke Arah Negara Bersukan
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.
Rakan Hari Sukan Negara
Berikut Merupakan Rakan yang sama – sama menjayakan hari sukan negara 2105
Infografik Hari Sukan Negara
Dipertik dalam laman Hari Sukan Negara
Rujukan :
http://harisukannegara.my/