32.8 C
Malaysia

POLISI PRIVASI

CIKGUGRAFIK.COM [ MAYA GRAPHIC NETWORK ]  ( No. Syarikat: 002700362-W ) adalah sebuah syarikat platform konten digital yang memberikan kandungan grafik khas untuk guru-guru khususnya di Malaysia

Dokumen ini bertujuan untuk memberitahu pembaca dan pengguna di CIKGUGRAFIK mengenai polisi kami berkenaan pengumpulan dan penggunaan data peribadi sekiranya menggunakan servis-servis kami yang berlokasi di laman web https://cikgugrafik.com/ .

Notis

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan peraturannya, notis ini dikeluarkan kepada semua pihak yang berkepentingan. Notis ini akan memberitahu tentang hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang telah dan/atau akan, dikumpulkan dan diproses oleh kami. Untuk tujuan notis ini, istilah “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda akan dan/atau telah diproses oleh kami atau bagi pihak kami dan anda dengan ini memberikan persetujuan untuk pemprosesan data peribadi anda.

Pengumpulan Data Peribadi

Istilah “data peribadi” bermaksud apa-apa maklumat dalam simpanan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada individu setakat individu itu boleh dikenal pasti menerusi maklumat yang mungkin termasuk; tetapi tidak terhad kepada; nama, alamat, nombor telefon, nombor pasport/kad pengenalan, tarikh lahir, alamat e-mel, jantina, bangsa, butiran bank, butiran kad kredit/debit dan semua butiran lain yang anda berikan menerusi borang yang disediakan di bawah perkhidmatan dan produk kami. Jenis data peribadi yang dikumpul bergantung pada tujuan pengumpulan. Kami mungkin “memproses” data peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, menyimpan, menggunakan, mendedahkan dan/atau memadamkannya.

Untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami, maklumat peribadi terperinci mungkin akan diperlukan. Maklumat yang diperlukan adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada; maklumat lokasi semasa anda yang akan digunakan untuk mengenal pasti lokasi semasa bagi tujuan penyebaran konten yang lebih baik. Maklumat yang diminta akan disimpan dan digunakan mengikut dasar privasi ini.

Selain itu, kami juga mungkin menerima, menyimpan dan memproses data peribadi anda yang disediakan oleh mana-mana pihak ketiga, yang mana data-data tersebut telah pun diberikan kebenaran oleh anda untuk tujuan terbabit; sebagai contoh data emel dari Facebook. Kami juga mungkin akan berkongsi data-data anda dengan pihak berkuasa bagi tujuan perundangan sekiranya pihak kami fikirkan perlu namun untuk tujuan ini, kami akan memberi notifikasi kepada anda.

Keselamatan Data Peribadi Anda Dengan Kami

Kami akan membuat kemas kini yang munasabah kepada langkah keselamatan kami dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberi kuasa hanya menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang ditetapkan dalam dokumen ini sahaja.
Internet bukan medium yang selamat. Walau bagaimanapun, kami akan melaksanakan pelbagai prosedur keselamatan yang munasabah berkenaan dengan platform kami. Semua pekerja kami yang mempunyai akses kepada data peribadi anda adalah diwajibkan untuk menghormati kerahsiaan data peribadi anda.
Walau bagaimanapun, “keselamatan sempurna” tidak wujud di internet dan cubaan-cubaan untuk ‘menceroboh’ pelayan adalah perkara biasa dalam dunia sekuriti digital. Namun CIKGUGRAFIK akan sedaya upaya memastikan data-data penggunanya selamat.
Pindaan kepada Dokumen ini

CIKGUGRAFIK  berhak untuk membuat pindaan terhadap dasar privasi bila-bila masa dengan mengemaskini dokumen ini. Pihak kami akan memberi notifikasi kepada and ajika terdapat perubahan terhadap dokumen ini.

Cookies

Cookies adalah data kecil yang disimpan oleh pelayar web bagi tujuan perhubungan dengan pelayan. Data ini disimpan oleh pelayar didalam storan peranti anda dan akan dihantar ke pelayan apabila anda melayari https://cikgugrafik.com .

Kami mula memproses data didalam Cookies apabila anda log masuk ke dalam https://cikgugrafik.com bagi tujuan verifikasi.

Google Analytics
Google Adsense
Youtube

Sekiranya anda mempunyai soalan atau cadangan terhadap notis privasi ini, boleh hubungi kami menerusi [email protected]