RUKUN NEGARA

1

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

2

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

3

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

4

KEDAULATAN UNDANG - UNDANG

5

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KESELURUHAN FALSAFAH PERPAKSIKAN KETUHANAN

" Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejanteraan Diri Serta Memberikan Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara ".

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK
  • Percaya dan patuh kepada Tuhan
  • Berilmu pengetahuan
  • Berakhlak mulia
  • Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara
  • Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
UNSUR INTELEK
  • Unsur intelek ini mengambilkira aspek berikut
  • Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran
  • Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
  • Daya pemikiran yang logik dan analisis
  • Ilmu yang bermanfaat
  • Masyarakat memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan
UNSUR ROHANI DAN EMOSI
  • Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut :
    • Keyakinan terhadap Tuhan
    • Kepercayaan beragama
    • Kemantapan jiwa
    • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
    • Berbudi pekerti mulia
    • Berbakti dan berkorban
UNSUR JASMANI
  • Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
  • Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

" Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya "

Tanggungjawab Terhadap Pelajar
  • Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
  • Bersikap adil kepada pelajar pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
  • Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
  • Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
  • Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
  • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
  • Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah  tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  • Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan  maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
  • Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
  • Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan sesuatu kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
  • Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
  • Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
  • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
  • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
  • Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
  • Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
  • Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
  • Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
  • Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
  • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
  • Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
  • Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Catatan

Guru yang dimaksudkan dalam konteks Talasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu  pengetahuan di sesebuah lnstitusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlalih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan pendidikan.

MUAT TURUN DOKUMEN