SYARAT & PERATURAN

SYARAT-SYARAT & PERATURAN
Hak Cipta Terpelihara ©

Dengan memiliki bahan dalam lamn sesawang cikgugrafik.blog ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk mematuhi syarat dan terma penggunaan bahan ini. Bahan ini diterbitkan oleh cikgugrafikdotcom di bawah MAYA GRAPHIC NETWORK dan ianya dilindungi dibawah Akta Hak Cipta 1987. 


Pengguna tidak dibenarkan untuk menyebar bahan ini dengan apa jua sekalipun. Bahan premium ini hanyalah untuk kegunaan peribadi pengguna sahaja atau untuk kegunaan sekolah seperti dinyatakan pada iklan. Pengguna juga tidak dibenarkan untuk menyalin ulang mana – mana bahagian didalam bahan ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit. 
Sebarang perlakuan atau perbuatan menyebar bahan premium ini tanpa kebenaran sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja akan menyebabkan hak pengguna akan terbatal serta merta. Sesetengah nama produk, syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam bahan ini adalah dilindungi oleh hak cipta © atau trademark tersendiri. Pengguna haruslah mematuhi segala syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.


Anda tidak dibenarkan mencetak, menyalin, menyewa, menjual dan menyiarkan mana-mana bahagian di dalam bahan dalam laman sesawang premium kami dalam apa jua bentuk samada elektronik, fotokopi, mekanik atau audio video tanpa kebenaran bertulis daripada kami. Sekiranya anda dikesan dan didapati melanggar hak cipta, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut saluran perundangan Malaysia.


Dengan membeli bahan premium kami ,anda bersetuju dan faham dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Semua jualan adalah daripada website premiumgrafik.com & cikgugrafik.onpay.my. Jika anda dikesan menjual selain daripada yang tersebut di atas tindakan tegas akan di ambil mengikut akta perundangan Malaysia.