Info/panduan untuk guru yang berpindah

Penulisan ini dikongsikan oleh cikgu Anwar Maran di halaman muka buku beliau , sama-sama kita baca dan harap anda dapat jawapan akan persoalan anda . Sebelum itu , kami cikgugrafik ingin menyucapkan tahniah buat guru yang berjaya berpindah ke sekolah baru .

Info kepada smua guru yg 1st time nk pindah sekolah baca la utk kesenangan pada masa akan datang


gambar hanya ilustrasi sahaja , sumber gambar : www.google.com
1. Dapat keputusan lulus pertukaran (tahniah). Tapi! bukan terus angkat barang-barang dan balik pindah ye.
gambar hanya ilustrasi sahaja , sumber gambar : www.google.com

2. Kena maklumkan pada pentadbir terlebih awal. Print keputusan tu bagi kepada guru besar

3. Pastu tunggu surat pengesahan pertukaran dr kpm
gambar hanya ilustrasi sahaja , sumber gambar : www.google.com
4. Sementara menunggu surat tu, lakukan perkara ini :
i) kemaskini maklumat dgn kerani sek lama, apa2 sahaja termasuk istiharharta, kelulusan, taraf pencen, apa2 sahaja maklumat, sbb nnt bila pindah paya da nk ulang alik urus (kegunaan update utk pencen akan dtg).. maklumat yg da update tu.. minta sekolah lama buatkan fail kita.. sbb maklumat2 tu akan kita bawa ke sekolah baru.. antara yg ada dlm maklumat tu :
  • maklumat diri n sekolah lama
  • tahap berpencen
  • istiharharta
  • pemeriksaan keselamatan
  • jumlah cuti (berapa yg da pakai n berapa yg tinggal)
  • lain2 maklumat yg perlu boleh hubungi sekolah baru tanya apa lagi yg mereka perlukan dr skola lama
ii) pastikan dulu dgn kerani kewangan.. hubungi kerani d sekolah baru yg anda akan pindah ke skola baru.. tanya kerani kewangan mereka, bila mereka ready sambut kewangan gaji kita dr sekolah lama.. klau dorg ckp next month.. jd maklumkan pada kerani sekolah lama.. tujuan dia supaya kewangan gaji kita x tersangkut pembayaran gaji nnt.. klau x.. adalah yg 2 3 bulan x dpt gaji sbb proses pindah kewangan kena dua2 sekolah ready memberi n menerima.. bukan main suka kita je pindah ye syg2 smua..
iii) selesaikan tugas yg d amanahkan.. jgn nyusakan org.. tanda bersyukur kepada tuhan sbb dpt tukar… Klau urusan d sekolah lama x setel2 lg padahal tarikh lapor diri da dekat atau pd hari berkenaan kita x smpt lg nk lapor sbb byk urusan lg d sekolah lama.. hubungi sekolah baru.. maklumkan mereka yg urusan cikgu x setel lg d sekola lama.. sbb ada sesetengah sekolah proses mereka lambat.. fham2 sendiri la ye knp lambat tu hehehehe… tujuan dia supaya x d kenakan tatatertib @ potong gaji.. sekolah lama x akan lepaskan cikgu suka2 klau kerja x setel lg.. walaupun tarikh da tamat 🙂 (d benarkan tanggu dgn alasan urusan sekolah lama x setel.. jgn pula buat2 alasan tp sebenarnya p becuti.. bajet nk rehat 2 3 hari sebelum masuk skola baru hehehehe)
[post_ads]
iv) buat tugasan serah tugas kepada pentadbir.. bila smua kerja kita setel.. gb lama dgn rasa lega melepaskan kita.. x da rasa hutang dgn sekolah lama.. malah kita akan d beri kerjasama yg baik sekiranya kita perlu bantuan skolah lama d masa akan dtg.. dan jgn x tahu.. ada sesetengah guru besar @ pengetua akan buat pelaporan pd sekolah baru kita tentang baik buruk kita.. (x smua mcm tu).. jd buat la yg baik2.. harimau mati meninggalkan belang.. kita pergi meninggalkan nama @ kenangan.
v) servey betul2 pengangkutan kargo utk angkut brg.. jgn main ikut hati nk cpt.. karang nk cpt sgt.. barang2 rosak or hilang enta kemana.. tips nk jimat, klau pos kenderaan tu, letak barang2 kerja kita.. pakaian or apa2 peralatan dlm kereta.. penuhkan smua kecuali bahagian driver.. make sure pemandu boleh tgk side mirror kiri kanan.. klau x.. ada yg tercarit kereta sbb x nmpk kiri kanan… make sure brg2 yg d simpan dlm kereta d seal betul2.. klau ble balut dgn plastik dan lilit dgn tali pun xpe.. sbb ada yg berminat nk selongkar kotak yg mudah d buka.. (percayala).. klau ada bajet lebih @ yg mampu.. anda d galakkan pakai kontena kargo.. mahal.. tp bg sy cukup sekadar jimat.. yg penting seal kotak betul2.
gambar hanya ilustrasi sahaja , sumber gambar : www.google.com
5. Dpt surat pertukaran tu, hantar pada pentadbir dgn fail serah tugas

6. Semua da setel, baru la fly/balik dgn senyuman..

7. Tahniah kepada guru2 yg dpt bertukar ya, semoga memberi maklumat manfaat awal pada smua.. apa yg perlu d buat utk proses tukar… share apa yg pernah sy lalui..


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

More from this stream

Recomended