23.1 C
Malaysia

DSKP Tahun 3 Semua Mata Pelajaran

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 3 , dskp tahun 3
PENDAHULUAN

  • [vtab]
    • Perkembangan dinamik
      • Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan perubahan tersebut, Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.
    • 3 Elemen
      • Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum ini merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan. Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
    • Bahasa
      • Standard ini menjunjung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah. Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni.
    • Pemangkin
      • Standard Kurikulum Bahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu. Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan.
    • Pendekatan PdP
      • Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan mengambil kira pendekatan pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberi penekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepemimpinan, dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkan penguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
MUAT TURUN👇
 (tekan pada matapelajaran untuk melihat link muat turun)
[post_ads]
  • [message]
    • ##check##  PENGAKUAN
      • Semua DSKP yang di muat naik dalam laman sesawang ini adalah dari sumber enjin carian seperti google , yahooo, bing . Jika ada kesilapan , boleh bagitau kami melalui komen di bawah 

    Related Articles

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    55,078FansLike
    10,000FollowersFollow
    2,700SubscribersSubscribe
    - Advertisement -

    Latest Articles