23.7 C
Malaysia

Poster Fasa-fasa PKP Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera , Kami menerima ” Private message ” bertanya akan poster PKP untuk tampal dalam buku RPH/ masukkan dalam file.  Jadi, terimalah hasil dari kami

Sumber photo : Freepik Premium



Soalan 1: Apakah Coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Soalan 2: Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah pengalaman KKM menangani masalah ini?

Coronavirus atau COVID-19 adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini.

KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus COVID-19 ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV.

Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan COVID-19 ini.

 Soalan 2: Bagaimanakah coronavirus 2019 (COVID-19) merebak?

Cara penularan Coronavirus (COVID-19) masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Boleh Muatturun F&Q penuh [disini]

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

55,078FansLike
10,000FollowersFollow
2,700SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles