TAJUK | KETERANGAN |
---|---|
Poster | Sambutan Hari Malaysia Versi Kartun |
Versi | 2 |
Sumber Gambar | Yuslan Ibr |
Direka oleh | – |
Sumber Gambar telah dinyatakan dalam kotak diatas , ianya adalah original daripada pengkarya asal ( mungkin diubah suai sedikit oleh cikgugrafik ) . Tujuan diupload disini bukan untuk syok sendiri mahupun famous , tetapi perkongsian untuk para pendidik sebagai bahan untuk mewarna-warni dunia pendidikan pada masa kini . Jika ada terdapat claim copyright terhadap karya anda , anda boleh hubungi kami untuk kami padam daripada blog ini . Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.