25.8 C
Malaysia

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015
TAJUK KETERANGAN
Poster Selamat Hari Raya Aidiladha
Versi  1
Sumber Gambar
Direka oleh www.cikgugrafik.com

    Sumber Gambar telah dinyatakan dalam kotak diatas , ianya adalah original daripada pengkarya asal ( mungkin diubah suai sedikit oleh cikgugrafik ) . Tujuan diupload disini bukan untuk syok sendiri mahupun famous , tetapi perkongsian untuk para pendidik sebagai bahan untuk mewarna-warni dunia pendidikan pada masa kini . Jika ada terdapat claim copyright terhadap karya anda , anda boleh hubungi kami untuk kami padam daripada blog ini . Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan

    Cikgu , saya memerlukan komen cikgu terhadap karya ini . Boleh tak cikgu memberi sepatah dua kata di bahagian komen blog ini ? sokongan dari cikgu-cikgu amatlah diharapkan bagi memberi motivasi kepada diri saya untuk terus berkongsi 

    HARI RAYA AIDILADHA
    sumber : wikipedia
    Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

    Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

    Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

    Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

    Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

    Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

    Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

    Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

    Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

    Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

    Kami mengharapkan jasa warga pendidik untuk sama-sama kongsikan di media sosial seperti facebook, twitter , whatsapp , wechat , forum-forum pendidikan dan kepada pihak sekolah . Beribu Tahniah buat anda yang suka berkongsi . Sesungguhnya ilmu itu  ” tidak akan luput dek zaman”.

    Related Articles

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    55,078FansLike
    10,000FollowersFollow
    2,700SubscribersSubscribe
    - Advertisement -

    Latest Articles