32.8 C
Malaysia

Terima Kasih Pahlawan Malaysia – Hari Malaysia

Terima Kasih Pahlawan Malaysia – Hari Malaysia
TAJUK KETERANGAN
Poster Terima Kasih Pahlawan Malaysia
Versi  1
Sumber Gambar google image
Direka oleh www.cikgugrafik.com

KATA ALUAN DARI CIKGUGRAFIK [DOT] COM 

Terima Kasih Kerana Berkungjung ke website cikgugrafik ini . Website ini masih baru ditubuhkan , sebarang penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa .

Anda boleh berkunjung ke laman facebook ( group/pages ) kami
FACEBOOK PAGES | FACEBOOK GROUP 
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat , jom “share” laman ini , kalau kami boleh share , kenapa anda tidak boleh kan ? 

        Sumber Gambar telah dinyatakan dalam kotak diatas , ianya adalah original daripada pengkarya asal ( mungkin diubah suai sedikit oleh cikgugrafik ) . Tujuan diupload disini bukan untuk syok sendiri mahupun famous , tetapi perkongsian untuk para pendidik sebagai bahan untuk mewarna-warni dunia pendidikan pada masa kini . Jika ada terdapat claim copyright terhadap karya anda , anda boleh hubungi kami untuk kami padam daripada blog ini . Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan

        Cikgu , saya memerlukan komen cikgu terhadap karya ini . Boleh tak cikgu memberi sepatah dua kata di bahagian komen blog ini ? sokongan dari cikgu-cikgu amatlah diharapkan bagi memberi motivasi kepada diri saya untuk terus berkongsi 

        SEJARAH – TOKOH PAHLAWAN MELAYU
        sumber : pohonmas
        Kebangkitan Empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dan kemudiannya campur tangan kuasa-kuasa asing di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah mendorong masyarakat tempatan mengamalkan seni silat atau seni mempertahankan diri. Justeru, wujud ramai pahlawan Melayu yang handal dan 
        amanah kerana hampir semua golongan masyarakat, termasuk orang kampung, kerabat diraja serta wanita, telah mempelajari dan menguasai ilmu persilatan. Di antara pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal adalah Hang Tuah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah, Datuk Bentara Luar Johor, Rentap dan Tun Perak.Seorang pahlawan Melayu dikehendaki melalui pelbagai tahap dan ujian di dalam seni mempertahankan diri bagi membina disiplin, keberanian dan sikap rendah diri. Status dan taraf seseorang pahlawan bergantung kepada bakti yang telah dicurahkan, integriti yang tinggi dan kemajuan yang telah dicapai. Seorang pahlawan yang mahir di dalam silat tidak memerlukan sebarang senjata untuk menewaskan musuhnya.

        Seorang pahlawan Melayu harus mematuhi tataetika tertentu ketika bertarung dan ketika aman. Dua kumpulan yang bertarung harus bersetuju tentang peraturan-peraturan pertarungan sebelum ia dimulakan. Peraturan-peraturan tersebut merangkumi tarikh, masa, tempoh rehat, permulaan dan akhir pertarungan dan sebagainya. Pertarungan sebegini bukan sahaja membawa kemenangan kepada satu pihak tetapi turut memastikan keadilan kepada kedua belah pihak. Sesiapa yang tercedera harus diberikan rawatan, manakala yang terkorban pula dikebumikan. Jika satu pihak berundur meninggalkan medan pertarungan, ini menandakan ia telah mengaku kalah dan kemenangan mutlak berpihak kepada pihak lawan. Penjajah Barat dengan senjata moden mereka telah memusnahkan cara dan etika sistem pertarungan ini.

        orang pahlawan biasanya memakai seluar yang pendek dan longgar ke paras lutut serta anak baju pendek yang dikenakan dengan ikatan kain di pinggang. Kain ikat kepala dililit supaya rambut tersusun rapi. Keris dan ada kalanya sejenis lagi senjata kecil akan diselitkan ke ikatan pinggang. Dia juga membawa sebatang lembing dan perisai yang diperbuat daripada besi, kulit, rotan atau kayu.Kewujudan dan fungsi pahlawan Melayu serta martabat dan darjat yang dikecapi mereka telah merosot dan beransur-ansur hilang apabila penjajah barat tiba di tanah Melayu dengan teknik dan senjata peperangan mereka yang moden.

        Kami mengharapkan jasa warga pendidik untuk sama-sama kongsikan di media sosial seperti facebook, twitter , whatsapp , wechat , forum-forum pendidikan dan kepada pihak sekolah . Beribu Tahniah buat anda yang suka berkongsi . Sesungguhnya ilmu itu  ” tidak akan luput dek zaman”.

        Related Articles

        LEAVE A REPLY

        Please enter your comment!
        Please enter your name here

        55,078FansLike
        10,000FollowersFollow
        2,700SubscribersSubscribe
        - Advertisement -

        Latest Articles