24 C
Malaysia
Thursday, May 19, 2022

Premium

Poster Hari Pekerja 2017 & 2018 v1


Selamat Hari Pekerja v1 ( untuk v2 , v3 sila cari dalam laman sesawang ini ) , anda boleh muat simpan poster 2017 dan 2018 dibawah secara percuma , jangan lupa untuk berkongsi dengan kawan-kawan anda ya! Nak tahu sejarah hari pekerja ? scrool bawah sampai habis ya!

  • [message]
    • ##check##    HARI PEKERJA 2017
      • Anda boleh right click  pada gambar , kemudian save .

  • [message]
    • ##check##    HARI PEKERJA 2018
      • Anda boleh right click pada gambar , kemudian save .

INFO HARI PEKERJA yang perlu anda tahu

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.
Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.
Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari. 
Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.
Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

55,078FansLike
10,000FollowersFollow
2,700SubscribersSubscribe

Subscribe

- Advertisement -

Most Popular

Latest Articles