21.4 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Premium

Poster Hari Sukan Negara 2015

Assalamualaikum | Salam Sejahtera | Salam #Sehatisejiwa
TAJUK KETERANGAN
Muka Depan Poster Hari Sukan Negara 2015
Versi 1
Sumber Gambar google
Diubah Suai semula bukuprogramdancover.blogspot.com

Cikgu , saya memerlukan komen cikgu terhadap karya ini . Boleh tak cikgu memberi sepatah dua kata di bahagian komen blog ini ? sokongan dari cikgu-cikgu amatlah diharapkan bagi memberi motivasi kepada diri saya untuk terus berkongsi 

PETIKAN DARI NSC

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur petang tadi, siang tadi.

Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.

Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.

Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.

“Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran tadi ialah Menteri Belia dan Sukan, YB En Khairy Jamaluddin , Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton Othman, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dato Dr Ramlan Abd Aziz dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Antara atlet negara yang turut hadir ialah atlet sukan memanah, Khairul Anuar Mohamad, atlet terjun, Leong Mun Yee dan atlet angkat berat, Mohd Hafifi Mansor. 

Kami mengharapkan jasa warga pendidik untuk sama-sama kongsikan di media sosial seperti facebook, twitter , whatsapp , wechat , forum-forum pendidikan dan kepada pihak sekolah . Beribu Tahniah buat anda yang suka berkongsi . Sesungguhnya ilmu itu  ” tidak akan luput dek zaman”.

Related Articles

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

55,078FansLike
10,000FollowersFollow
2,700SubscribersSubscribe

Subscribe

- Advertisement -

Most Popular

Latest Articles