22.9 C
Malaysia

Sim JASA untuk guru – Soalan Lazim

Pada 13/3/2018 ,Telekom Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, sekaligus menawarkan pelan khusus Unifi Mobile menyasarkan tenaga pengajar, dinamakan “JASA Pack”. 
Pelan khusus ini ditawarkan untuk para guru diseluruh negara, dimana melaluinya, ia menawarkan pakej data tanpa had, panggilan tanpa had, dan SMS tanpa had pada harga langganan hanya RM59 sebulan.
Untuk melanggan Pek Jasa ini, seseorang guru perlulah melanggan pakej Unifi atau Pre-Unifi (Streamyx), dan membawa surat pengesahan rasmi dari Guru Besar atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Tawaran ini terhad sehingga 31 Disember 2018 kelak, dan guru yang berminat boleh ke TM Point seluruh negara, dan mendaftarnya.
Pihak Telekom Malaysia turut berkongsi lanjut mengenainya. Seperti ramai sedia maklum, untuk mendapatkan Pek Jasa dibawah Unifi Mobile, para guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun Unifi atau jalur-lebar dengan TM. Tetapi, sekiranya tiada langganan berkenaan, guru berkenaan turut boleh membuat langganan Unifi Home pada harga promosi.
SOALAN LAZIM PAKEJ KHAS UNIFI MOBILE UNTUK GURU-GURU : PEK JASA
1. Apakah Pek Jasa?         
   
Pakej ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS pada nilai RM59 sebulan, dengan syarat anda juga melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM serta menggunakan model telefon Band 5.  

Pelanggan juga akan berpeluang mendapat set telefon mudah-alih secara percuma, bagi perkhidmatan unifi Mobile yang diaktifkan dalam masa 30 hari, selagi stok masih ada. 
Bagi pelanggan baru yang ingin melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM, pakej ini turut menawarkan pelan unifi Lite, Advance atau Pro bersama dengan Jasa Pack.  
2. Saya belum mempunyai pakej jalur lebar di rumah. Apakah pakej unifi yang ditawarkan bersama Pek Jasa ?       

Anda akan menikmati langganan pakej promosi selama 24 bulan seperti berikut:
PAKEJ UNIFI             HARGA                        HARGA SELEPAS 24 BULAN
Lite 10M RM 99 / bulan RM 129 / bulan
Advance 30M RM 169 / bulan RM 199 / bulan
Pro 100M RM 299 / bulan RM 329 / bulan

3. Apakah kriteria yang diperlukan oleh bakal pelanggan untuk layak memohon pakej ini?     
Semua guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) dan dimana-mana jabatan di Kementerian Pendidikan yang bergred DG. Pra-syarat langganan ialah pemohon perlu mempunyai akaun unifi atau jalur lebar dengan TM. 
4. Bilakah tempoh kempen ini?  

Kempen ini berjalan dari 13 Mac hingga 31 Disember 2018.  
5. Apakah perbezaan antara pakej ini dengan pakej jalur lebar kediaman sedia ada yang ditawarkan oleh TM?  

Pek Jasa ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS, dimana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan di luar kawasan rumah manakala perkhidmatan jalur lebar kediaman hanya dinikmati di rumah.  Pek ini juga membenarkan anda membuat hotspot kuota sebanyak 10gb.
6. Mengapakah pakej ini hanya ditawarkan kepada guru-guru?  

Ini adalah sebagai usaha TM menyokong pendidik-pendidik yakni guru-guru dalam mencari bahan-bahan pembelajaran yang banyak terdapat di atas talian. Kami juga berhasrat menggalakkan guru-guru menguruskan tugas harian dan lain-lain aktiviti mereka hanya dari satu klik.  
7. Bagaimana hendak melanggan pakej ini?    
Anda hanya perlu membawa MyKad anda, surat pengakuan rasmi dari Pengetua atau Guru Besar sekolah atau Ketua Jabatan dengan cap rasmi dari pejabat sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri ke TMpoint terdekat. 

8. Di manakah saya boleh melanggan pakej ini?  

Anda boleh melanggan pakej ini di mana-mana TMpoint terdekat. 
9. Berapa jumlah talian unifi Mobile  boleh dilanggani di bawah Jasa Pack?  

Setiap orang guru dibenarkan melanggan satu talian dibawah pelan ini.  
10. Bolehkah saya memindahkan nombor pelan sekarang ke Pek Jasa? 
     
Ya, anda boleh memindahkan nombor pelan sekarang kepada Jasa Pack jika anda tidak mempunyai sebarang baki yang belum dijelaskan, tidak disenarai-hitamkan dan tidak lagi terikat dengan kontrak dengan pembekal perkhidmatan semasa. Anda boleh lakukannya di mana-mana kaunter TMpoint. 
11. Berapa lamakah tempoh untuk memproses pemindahan nombor saya? 
    
Kami akan bantu bagi pihak anda untuk memohon pemindahan nombor dari pembekal perkhidmatan semasa anda, sebaik sahaja semua pembayaran dijelaskan. Pihak pembekal perkhidmatan semasa anda mungkin mengambil sehingga 5 hari bekerja untuk meluluskannya.   
12. Adakah saya layak untuk melanggan Jasa Pack sekiranya guru itu adalah suami/isteri saya?
  
Untuk memudahkan proses pendaftaran hanya pemegang akaun dengan unifi atau pra unifi boleh memohon kepada pelan Jasa Pack.   
13. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan langganan unifi home?   
Pelanggan boleh terus menikmati Pek Jasa kerana kami sangat menghargai jasa guru-guru dalam mendidik anak-anak Malaysia.   

14. Adakah saya akan dikenakan caj penamatan awal atau penalti sekiranya saya menamatkan perkhidmatan unifi atau Broadband sebelum tamat tempoh kontrak?  

Caj Penamatan Perkhidmatan unifi pada bila-bila masa semasa Tempoh Langganan Minimum, semua Yuran dan caj tertunggak semasa penggantungan atau penamatan, ganti rugi yang dibelanjakan bagi yuran bulanan internet yang masih ada (bayaran bulanan internet dikira berdasarkan harga internet sebenar sebelum diskaun) perlu dibayar oleh pelanggan.  

15. Jika saya seorang pengguna mudah alih unifi yang sedia ada dengan 5 talian unifi mobile bolehkah saya memohon kepada Pek Jasa?   
Had untuk Pek Jasa untuk 1 orang adalah hanya 1 talian, tetapi jika anda adalah pelanggan sedia ada dengan 5 talian, untuk menikmati Pek Jasa, talian yang ke 5 perlu ditamatkan.   
16. Jika saya seorang pelanggan yang sedia ada dengan 1 talian, saya boleh memohon pelan ini?   

Sudah tentu, selagi anda disahkan dengan MOE sebagai guru dengan gred DG, anda boleh melanggan Pek Jasa. Tetapi sila ambil perhatian bahawa hanya 1 Jasa Pack mudah alih yang layak dilanggan.  
17. Apa yang akan berlaku kepada langganan Jasa Pack saya apabila saya bersara atau meninggalkan perkhidmatan?   

Manfaat ini akan dinikmati selagi tiada sebarang perubahan.    
18. Kediaman saya terletak di kawasan yang tidak ada perkhidmatan unifi. Adakah saya masih boleh melanggan pakej ini?  
Pakej ditawarkan tertakluk kepada kesediaan perkhidmatan dan dalam kawasan liputan. TM akan war-warkan dari masa ke semasa tentang kesediaan memberi perkhidmatan di kawasan anda. Namun begitu, anda boleh melanggan TM Broadband dan layak melanggan Pek Jasa.  
19. Apakah jenis-jenis panggilan yang diliputi dalam Pek Jasa?   
• Semua panggilan dan SMS domestic ke unifi Mobile  dan ke semua pengendali mobile lain
• Semua panggilan ke talian tetap domestic    
20. Apakah jenis panggilan dan SMS yang tidak termasuk dalam plan Pek Jasa?      
Caj tambahan akan dikenakan kepada panggilan dan SMS berikut

a) Panggilan ke nombor-nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
b) Panggilan ke Singapura (02-)
c) Panggilan Sempadan ke Brunei (080-)
d) Panggilan ke nombor khas
e) Panggilan & SMS dari Malaysia ke nombor antarabangsa (IDD)
f) Panggilan dan SMS semasa berada di luar negara 
21. Adakah saya perlu memohon kad SIM berukuran tertentu (seperti micro SIM atau nano SIM) sebelum membuat bayaran?   
Tidak perlu. Semua kad SIM tersedia dalam 3 ukuran (standard, micro dan nano) dan sesuai untuk dipasang dalam semua model telefon. 

22. Saya tidak dapat  menggunakan kad SIM saya.
          
Kami telah bekerjasama dengan beberapa pengilang set telefon bagi menyokong penetapan secara automatic sebaik sahaja anda masukkan kad SIM unifi. Anda akan menerima notifikasi dalam masa beberapa minit selepas kad SIM dimasukkan. 
Notifikasi ini adalah untuk menetapkan Access Point Name (APN) kepada unifi di dalam penetapan telefon. Sekiranya anda tidak menerima notifikasi tersebut, anda boleh tetapkan APN kepada unifi secara manual.

• Pergi ke “Penetapan > Lagi/Mobile > Access Point Name” 
23. Bagaimana jikalau saya sudah melanggan 5 talian unifi Mobile , adakah saya masih boleh melanggan Pek Jasa?

Tidak digalakkan untuk pelanggan mendaftar lagi, kerana talian ke 5 yang didaftarkan (RM49) perlu ditamatkan bagi membolehkan anda mendaftar Pek Jasa.   

24. Bolehkah saya gunakan telefon saya sebagai hotspot?

Ya, anda boleh beli pass Personal Wi-Fi pada harga RM6.36 untuk 2 jam (termasuk GST). Pass ini diaktifkan serta merta semasa pembelian. Anda juga akan terima hotspot peribadi sebanyak 10 GB yang boleh digunakan di kawasan liputan 4G.   

25. Berapa bilangan peranti yang boleh saya hubungkan mengguna pass Personal WiFi? 

Anda boleh kongsi Wi-Fi anda sehingga maksima 5 peranti.  
26. Apakah ciri-ciri panggilan suara yang diliputi dalam pelan mobile saya? 
  • Panggilan ditangguh
  • Panggilan menunggu
  • Notifikasi panggilan tidak terjawab  

27. Apakah ciri-ciri panggilan suara yang tidak diliputi dalam plan mobile saya?  
  • Panggilan video
  • Mel suara
  • Panggilan alihan
  • Panggilan banyak pihak
  • Paparan No Peribadi dalam panggilan keluar
Boleh muat turun FAQ penuh : MUAT TURUN SEKARANG
sumber 1 | 2 | 3 | 4

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

55,078FansLike
10,000FollowersFollow
2,700SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles