31.5 C
Malaysia

Tema, Logo, Lagu Hari Kebangsaan 2019

 Hari Kebangsaan 2019 .  kit untuk Hari Kebangsaan 2019 high resolution , print tak pecah.

Ohya! Set Hari Kebangsaan 2019( SHK19 ) kami akan lancarkan dalam masa terdekat , buat masa sekarang dalam proses design lagi.  Untuk info SHK  anda boleh rujuk SHK18 [ klik sini ]

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata kerajaan berharap tema itu boleh memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi. 

Katanya, kerajaan juga membuat keputusan untuk mengekalkan logo rasmi sambutan tahun lalu dengan tambahan tema baharu berkenaan, manakala ‘Malaysia Bersih’ dipilih sebagai lagu utama sambutan kali ini.

Cara nak simpan gambar : 

  • Klik pada gambar – kemudian right klik – save gambar.

Logo Hari Kebangsaan 2019 ( versi png )

Ia menggambarkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian, seia sekata, sehati dan sejiwa yang membarakan perasaan sayang kepada negara. Penggunaan warna Jalur Gemilang pula menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’,” katanya. 

Selain lagu utama sambutan, beliau berkata, lagu ‘Kita Punya Malaysia’ akan turut dinyanyi bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan meyemai amalan budaya integriti serta menolak rasuah dalam kehidupan rakyat.

Format Adobe Ilustrator

 ( tiada lagi )


Format PDF
 ( tiada lagi )
Manual Penggunaan Logo
[klik sini] untuk muat turun.
Mewarna Logo Hari Kebangsaan 2019
coming soon
Video Rasmi Hari Kebangsaan 2018 “Kita punya Malaysia”

Lagu Rasmi ” Kita punya Malaysia” versi original
[klik sini] untuk muat turun.
Lagu Rasmi ” Kita punya Malaysia” versi minus one
[klik sini] untuk muat turun.
Lagu Rasmi ” Kita punya Malaysia” versi instrumental
[klik sini] untuk muat turun.
Lirik Lagu ” Kita punya Malaysia”
PENYANYI : BUNKFACE 
LIRIK DAN LAGU : SAM BUNKFACE

31 Bulan 8, 57 ,
Perjuangkan pertahankan tanah airku,
Impian aku gemilang baru,
Satu suara laungkan (Merdeka),
Bangkit semua demi negara,
Selamanya,
Kita Merdeka,
Sayangi Malaysiaku,
Sayangi Malaysiaku,
Tanah Airku, (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku,
Sayangi Malaysia,
Satu Suara Laungkan, (Merdeka)
Jangan lemah bangunlah,
Buat baru semula,
Percayalah hari ini,
Kita punya,
Impian aku gemilang baru,
Satu suara laungkan, (Merdeka)
Bangkit semua demi negara,
Selamanya,
kredit [ http://malaysiamerdeka.my/ ]

Related Articles

1 COMMENT

Leave a Reply to ADMIN Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

55,078FansLike
10,000FollowersFollow
2,700SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles