22.1 C
Malaysia

Poster Maal Hijrah 2015 | Awal Muharram 1437

Poster Maal Hijrah 2015 | Awal Muharram 1437
TAJUK KETERANGAN
Poster Poster Maal Hijrah 2015 | Awal Muharram 1437
Gambar 2 keping
Sumber Gambar
Direka oleh cikgugrafik.com

 Maksud Dan Sejarah Maal Hijrah dan Awal Muharram
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Pada setiap Maal Hijrah, Malaysia diisytiharkan sebagai cuti umum bagi menyambut titik permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Bermulanya kisah perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.

Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah  – (Al Baqarah: 91)

Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka:

“Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.Secara istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:

المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Seperti yang kita tahu,bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia adalah bulan Allah SWT,bagi menandakan kemulian dan kelebihannya.Ini kerana Allah SWT dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam.”

Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang disebut oleh Allah swt di dalam ayat-Nya:

“Sesunguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…” (at-Taubah: 36)

Dalam bulan yang mulia ini, terdapat satu hari yang bersejarah dalam diari Umat Islam, iaitu hari `Asyura.

Apa itu Hari Asyura ? 

Salamah bin al-Aqwa’ R.A. meriwayatkan: Maksudnya:

“Bahawasanya Nabi S.A.W. telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari ‘Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa).” (HR al-Bukhari)

Aisyah r.’anha berkata:

“Adalah umat Islam dahulunya berpuasa ‘Asyura sebelum difardhukan Ramadhan, hari tersebut adalah hari orang-orang Jahiliyyah menyelimuti Ka’bah (dengan kain selimut), apabila Allah menfardhukan Ramadhan, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang hendak berpuasa ‘Asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak, tinggalkanlah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada pertengahan tahun kedua hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari ‘Asyura dan kekal hukumnya sebagai sunat. Puasa ‘Asyura ini tidak diwajibkan melainkan pada peringkat awal Hijrah ialah pada tahun pertama sehingga pertengahan pertama tahun kedua Hijrah. Setelah daripada itu, pada tahun ke-10 hijrah Nabi S.A.W. berazam untuk berpuasa ‘Asyura beserta dengan hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram agar berbeza dengan Ahli Kitab yang juga berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.


Amalan Sunat Di Bulan Muharram

* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.

Abu Qatadah berkata, Nabi S.A.W. telah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, baginda bersabda:

“Ia (puasa ‘Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Dalam riwayat yang lain,maksudnya: “Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Hadith diatas jelas merupakan anjaran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil.


* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi seluruh umat Islam berbuka puasa.

* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berterusan 50 tahun melakukannya.

* Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.

* Mandi sunat. Niatnya “Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala.” Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.

* Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.

* Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan supaya hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

* Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.

* Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.

* Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.

* Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.

* Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.

* Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.

* Membaca surah Al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.
Info credit to : adengrien

Cikgu , saya memerlukan komen cikgu terhadap karya ini . Boleh tak cikgu memberi sepatah dua kata di bahagian komen blog ini ? sokongan dari cikgu-cikgu amatlah diharapkan bagi memberi motivasi kepada diri saya untuk terus berkongsi 

Kami mengharapkan jasa warga pendidik untuk sama-sama kongsikan di media sosial seperti facebook, twitter , whatsapp , wechat , forum-forum pendidikan dan kepada pihak sekolah . Beribu Tahniah buat anda yang suka berkongsi . Sesungguhnya ilmu itu  ” tidak akan luput dek zaman”.

Related Articles

1 COMMENT

  1. Assalamualaikum.. Terima kasih atas karya2 dalam blog ini yang sangat2 memberi manfaat. Saya nak bagi komen siikit je, mungkin untuk penambahbaikan.. Kalau boleh, gunakan background yang sedikit cerah atau pastel dan guna tone colour. Mungkin lebih menarik.. serta jenis font yang sedikit melengkung dan tidak tertakluk pada peletakan font yang lurus sahaja.. apa pun, kerja anda yang amat2 hebat dan menarik harus sy berikan pujian.. Terima kasih.. Semoga lebih hebat dalam berkarya.. 🙂

Leave a Reply to Hidayu Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

55,078FansLike
10,000FollowersFollow
2,700SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles